corporate@um.edu.my                   

CLOSING OF LMSC 2026 & LAUNCH OF UM LAB STAR: DRIVING A CULTURE OF LABORATORY EXCELLENCE AT UNIVERSITI MALAYA

When discussing research excellence, high-impact publications, substantial research grants, citation metrics, and global rankings often dominate the conversation. Yet, behind every groundbreaking breakthrough lies a robust laboratory ecosystem: well-maintained instruments, uncompromising safety standards, and the tireless dedication of technical staff working quietly behind the scenes.

On 20 August 2026 at KPPI, Universiti Malaya’s Vice-Chancellor, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, officially officiated the closing ceremony of the Laboratory Management & Scientific Conference (LMSC) 2026 and launched a landmark initiative: the Universiti Malaya Laboratory Rating System (UM Lab STAR). 

LMSC 2026 marked a pivotal milestone, uniting 300 Laboratory Assistants, Assistant Science Officers, Science Officers, Laboratory Managers, and university leaders under one collective roof. The conference featured 70 poster presentations and 47 technical papers spanning four core tracks: Equipment Management, Laboratory Operations, Quality Management, and Laboratory Safety. Across four competitive categories, entries were evaluated by a panel of 30 internal and external subject-matter experts. Technical personnel form the backbone of Universiti Malaya’s research enterprise; though rarely spotlighted on the cover of published discoveries, their precision, hands-on expertise, and vigilance turn scientific ideas into reality. 

The UM Lab STAR rating initiative is a centralized, data-driven evaluation framework designed to benchmark, recognize, and elevate the standard of lab operations across the university. Rather than serving as another cumbersome compliance audit, UM Lab STAR operates as a strategic enabler—identifying institutional strengths, addressing operational gaps, and setting a progressive quality standard. 

Rolling out in September 2026, the initiative will evaluate 920 laboratories across various classifications against 10 distinct assessment criteria, with an ambitious target of achieving a 100% 6-star rating institutional-wide by 2030. Crucially, the real measure of UM Lab STAR’s success lies not in the stars mounted on laboratory doors, but in the tangible transformations taking place behind them—fostering environments that are demonstrably safer, more efficient, operationally optimized, and geared toward delivering world-class research. 

While LMSC 2026 has drawn to a close, UM Lab STAR's journey toward establishing a world-class laboratory culture has only just begun. 

"I want us to transition from a culture of compliance to a culture of excellence; from doing things merely to pass an inspection, to doing the right thing even when no one is watching."

Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman


PENUTUPAN LMSC 2026 & PELUNCURAN UM LAB STAR: MEMACU BUDAYA KECEMERLANGAN MAKMAL UNIVERSITI MALAYA

Apabila kita berbicara tentang kecemerlangan penyelidikan, perkara pertama yang sering terlintas di fikiran adalah penerbitan berimpak tinggi, jumlah geran, sitasi, dan kedudukan ranking global. Namun, di sebalik setiap kejayaan yang hebat, wujud sebuah ekosistem makmal yang berfungsi dengan baik, peralatan yang sentiasa dijaga rapi, prosedur keselamatan yang dipatuhi, serta dedikasi luar biasa daripada warga makmal yang bekerja tanpa jemu. 

Pada 20 Ogos 2026 bertempat di KPPI, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, telah merasmikan majlis penutupan Laboratory Management & Scientific Conference (LMSC) 2026 serta meluncurkan inisiatif baharu yang amat signifikan iaitu Inisiatif Penarafan Makmal Universiti Malaya (UM Lab STAR). 

Persidangan LMSC 2026 ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan 300 orang para Pembantu Makmal, Penolong Pegawai Sains, Pegawai Sains, Pengurus, serta kepimpinan Universiti dalam satu wadah bersama. Penyertaaan sebanyak 70 poster dan 47 artikel yang merangkumi 4 topik utama iaitu Pengurusan Peralatan,  Pengurusan Makmal, Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Keselamatan. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan dan proses pemilihan pemenang telah diadili oleh seramai 30 juri yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang berkaitan dari dalam dan luar Universiti Malaya. Seluruh warga makmal adalah sebahagian daripada nadi kecemerlangan penyelidikan Universiti Malaya. Walaupun nama mereka jarang terpampang di halaman hadapan sesebuah penemuan, tangan, kepakaran,dan ketelitian merekalah yang membolehkan penemuan sains tersebut berlaku.

Inisiatif Penarafan UM Lab STAR ialah mekanisme penilaian berpusat dan berasaskan data yang mengukur, mengiktiraf, serta mengoptimumkan kualiti pengurusan dan pengoperasian makmal universiti secara menyeluruh. Inisiatif UM Lab STAR bukanlah sebagai satu lagi sistem audit yang membebankan, melainkan satu instrumen penting untuk kita mengenali kekuatan, memperbaiki kelemahan, serta mengangkat standard makmal secara bersama. Terdapat 10 elemen Penilaian Penarafan Makmal yang akan diaudit melibatkan 920 buah makmal berlainan kategori akan dilaksanakan bermula September 2026 dengan sasaran pencapaian 100 % (920 makmal) penarafan 6 bintang sehingga 2030. Namun, ukuran kejayaan UM Lab STAR bukanlah terletak pada berapa banyak bintang yang diletakkan pada pintu sesebuah makmal, tetapi apa yang benar-benar berubah di sebalik pintu tersebut-sama ada ia menjadi lebih selamat, cekap, tersusun, optimum penggunaan aset serta menghasilkan kualiti penyelidikan yang lebih tinggi. 

LMSC 2026 melabuhkan tirainya, namun perjalanan UM Lab STAR ke arah membina makmal bertaraf dunia yang berjiwa kecemerlangan baru sahaja bermula. 

"Saya mahu kita bergerak daripada budaya compliance kepada budaya excellence; daripada melakukan sesuatu kerana akan diperiksa, kepada melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa memeriksa” - Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman. 

 #UniversitiMalaya #LMSC2026 #UMLabSTAR #SkimC

Last Update: Sep 02, 2026