
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terus melakar sejarah inovasi perubatan apabila menyambut ulang tahun pertama perkhidmatannya dan diiktiraf sebagai perintis kepada pembedahan robotik bagi perawatan kanser payudara di Malaysia.
Pencapaian bersejarah ini diraikan menerusi Majlis Sambutan PPUM Robotic Surgery Anniversary 1.0 yang bertemakan "Precision Beyond Boundaries". Majlis ini telah dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.
Sejak perkhidmatan surgeri robotik mula beroperasi pada 2 Disember 2024, PPUM telah merekodkan pelbagai pencapaian klinikal yang amat membanggakan:
Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman menyatakan bahawa pencapaian ini amat bertepatan dengan Teras ke-3 Pelan Strategik Universiti Malaya 2026–2030, iaitu Championing Healthcare. Inisiatif ini berjaya memperkukuh peranan PPUM sebagai pusat rujukan utama negara yang menawarkan perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi serta selari dengan perkembangan terkini dunia perubatan.
Kejayaan operasi PPUM ini juga amat selari dengan sasaran strategik Kerajaan di bawah Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) 2021–2030 sekali gus memacu landskap perubatan Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang melangkaui segala batasan.
PPUM merupakan institusi pengajaran di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang diwujudkan dengan objektif seperti berikut:
Menubuhkan, mengendalikan dan membangunkan pusat perubatan terunggul dan bertaraf antarabangsa; dan
Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi pendidikan, latihan, penyelidikan, pensiswazahan dan perundingan perubatan.
Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial PPUM melalui Facebook, Youtube, TikTok, Instagram dan laman sesawang rasmi ummc.edu.my
