For the first time in its history, Universiti Malaya (UM) has reached 58th place in the QS World University Rankings 2026, surpassing last year’s 60th position and marking its best-ever performance on the global stage.
Vice-Chancellor Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman said that the leap in UM’s rankings underscores the university’s unwavering commitment and focus on delivering the best outcomes for the excellence of not only academic, research and intellectual realms, but more importantly, in making a positive change to the nation, the world and humanity.
The 2026 edition assessed over 8,400 institutions worldwide, with only 1,501 making it to the final published list. UM demonstrated stronger performance in academic and employer reputation, international research collaboration, graduate employability, and sustainability. Notably, UM led the nation in 5 out of 9 QS indicators, underscoring its global appeal and commitment to an inclusive academic environment.
”This feat is an immense pride to the entire nation, and this will not be possible without the tireless and endless hard work, sacrifices and support from the entire campus community, from the academics and researchers, to the administrative and support staff, and all the students. The various strategic formulations of future-driven reforms and transformations enacted for the university since last year have now begun to bear fruits, and the university will remain steadfast in continuing this transformative journey in elevating the university to the highest level.”
“UM’s governance structure has been polished and revamped, and has contributed to the success of this rankings, in line with the parallel direction and foresight of Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim in his call for forward-looking and a transformative working and governance structure pillared on the values of competitiveness, integrity, efficacy and justice” Professor Azuan said.
Professor Azuan emphasised that the quest to elevate the standings of the university starts from an effective and sustaining governance capacity and impact, where the best outcomes, productivity and efficiency are derived from a revamped governance objective where the focus is on the strategic synergy of human capital and talent advancement and the impact of technological, digital and infrastructural derivation.
“The university is rapidly advancing its international footprint and global impact, while advancing strategic talent scouting and talent and expertise inflow from all parts of the world where the best knowledge and talents are being tapped to be part of our journey to make a positive change to the world.
“With programmes ranging from post doctoral offerings and grants to talents locally and the world over, to strategic amplification of top global partnerships with key countries and institutions, the university continues its unwavering drive forward to be among the world’s best.
“As global challenges abound, the university will continue to play its role and obligations as the nation’s top flagbearer in higher education by creating solutions to current and future challenges affecting humanity and the world, produce world class research and academic impact, and nurture holistic graduates who will be the future hope of the nation and the world,” he added.
The Vice Chancellor expresses gratitude and appreciation to all parties for the support and their roles in enabling the university to achieve this historic feat, especially to the Minister of Higher Education Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir for his relentless support, the entire team at the Ministry and the government as a whole.
The university also extends highest appreciation to the Chancellor of the University, the Sultan of Perak, His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, where His Royal Highness has always continuously provided great wisdom and support throughout the years.
---------------------------------------------------------------------------------------
UM MENJULANG NAMA NEGARA KE TANGGA KE-58 DUNIA – ERA KEUNGGULAN BAHARU BERMULA
Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Malaya (UM) telah mencapai pencapaian terbaiknya apabila berjaya menduduki tempat ke-58 dunia dalam QS World University Rankings 2026, mengatasi kedudukan ke-60 pada tahun lalu dan menandakan prestasi terbaik pernah dicapai UM di persada global.
Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, menyatakan bahawa peningkatan dalam kedudukan UM ini mencerminkan komitmen teguh dan fokus berterusan universiti dalam menghasilkan impak terbaik, bukan sahaja dalam bidang akademik, penyelidikan dan intelektual, tetapi yang lebih penting, dalam membawa perubahan positif kepada negara, dunia dan kemanusiaan sejagat.
Edisi 2026 QS Rankings telah menilai lebih daripada 8,400 institusi di seluruh dunia, dengan hanya 1,501 universiti disenaraikan secara rasmi. UM menunjukkan peningkatan prestasi dalam reputasi akademik dan majikan, kerjasama penyelidikan antarabangsa, kebolehpasaran graduan, serta kemampanan (sustainability). Lebih membanggakan, UM menerajui negara dalam 5 daripada 9 indikator QS, mengukuhkan daya tarikan globalnya serta komitmen kepada persekitaran akademik yang inklusif.
“Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan besar buat seluruh negara, dan ia tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras, pengorbanan serta sokongan berterusan daripada seluruh komuniti kampus daripada para akademik dan penyelidik, sehinggalah kakitangan pentadbiran, sokongan serta para pelajar,” ujar Profesor Azuan.
“Pelbagai pelaksanaan strategik melalui reformasi dan transformasi berpaksikan masa depan yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu kini mula membuahkan hasil. UM akan terus komited dan teguh meneruskan perjalanan transformasi ini untuk mengangkat universiti ke tahap tertinggi.”
Beliau turut menjelaskan bahawa struktur tadbir urus UM telah diperkemas dan ditransformasi, yang menyumbang kepada kejayaan ini, selari dengan aspirasi dan pandangan jauh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam menyeru kepada struktur kerja dan tadbir urus yang berpandangan jauh serta berasaskan nilai daya saing, integriti, keberkesanan dan keadilan.
Profesor Azuan menegaskan bahawa usaha menaikkan taraf dan kedudukan universiti bermula dengan keupayaan tadbir urus yang mantap dan berkesan, di mana keberhasilan terbaik, produktiviti serta kecekapan dapat dicapai menerusi matlamat tadbir urus baharu yang memberi tumpuan kepada sinergi strategik pemerkasaan modal insan dan bakat, serta impak daripada kemajuan teknologi, digital dan infrastruktur.
“Universiti sedang memperluas capaiannya di peringkat antarabangsa dengan pesat, sambil memperkukuh usaha mengenal pasti bakat serta membawa masuk kepakaran dari seluruh dunia. Ilmu dan bakat terbaik sedang dimanfaatkan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kami ke arah mencipta perubahan positif buat dunia.”
“Daripada penyediaan program pasca kedoktoran dan geran kepada bakat dalam dan luar negara, hingga kepada pengukuhan kerjasama strategik dengan negara-negara dan institusi utama dunia, universiti ini terus melangkah ke hadapan tanpa gentar untuk berada di kalangan yang terbaik di dunia.”
“Dalam menghadapi pelbagai cabaran global, universiti akan terus memainkan peranan dan tanggungjawabnya sebagai peneraju utama pendidikan tinggi negara iaitu mencipta penyelesaian terhadap cabaran masa kini dan masa depan, menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia serta memberi impak akademik yang signifikan, dan melahirkan graduan holistik yang akan menjadi harapan masa depan negara dan dunia.”
Naib Canselor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan bersejarah ini, khususnya kepada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, atas sokongan yang tidak pernah putus, serta seluruh warga Kementerian dan kerajaan secara keseluruhan.
UM juga merakamkan penghargaan tertinggi kepada Canselor Universiti, DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang sentiasa memberikan bimbingan, hikmah dan sokongan berterusan sepanjang tahun-tahun yang lalu.